Pages

Mar 9, 2013

Lagi amah Indon jadi jutawan ..Kayo..kayo..


gambar hiasan
Terbaru dua wanita Indonesia yang datang ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pembantu rumah menjadi jutawan selepas mewarisi jutaan riyal daripada suami masing-masing yang sudah meninggal dunia.
Mula-mula sebagai pembantu rumah tetapi kemudian berkahwin. 11 tahun kerja, kawin baru 2 tahun. Salah seorang menetap menetap di Riyadh, menerima SR5 juta (RM4.1 juta) minggu lalu.
Kes lain pula  amah yang berkahwin dengan hartawan hartanah menerima SR20 juta (RM16.4 juta) baru-baru ini selepas sebuah mahkamah Taif mengarahkan waris jutawan itu membayarnya jumlah berkenaan.

Kedua-dua wanita itu menerima bahagian kekayaan suami masing-masing menerusi sistem undang-undang Syariah yang dilaksanakan di negara ini, kata jurucakap kedutaan Indonesia di Riyadh, Shabda Thian.
Dia sudah menerima SR20 juta (RM16.4 juta) dan menanti kira-kira SR90 juta (RM73.8 juta) lagi hasil daripada jualan harta suaminya, kata satu sumber yang enggan dikenali.
Menurut Shabda, wanita kedua yang berusia 45 tahun mewarisi SR6.3 juta (RM5.17 juta) selepas suaminya meninggal dunia beberapa bulan lalu. Wanita itu sebelum ini bekerja sebagai tukang jahit untuk lelaki itu yang memiliki dan mengendalikan sejumlah besar kedai mainan di Riyadh, Al-Sogel Toys. Mereka hidup bersama kira-kira 10 tahun sebelum suaminya meninggal dunia pada 2010, kata Shabda.

 sumber:hmetro.

2 comments: