Pages

Mar 17, 2013

Lagi..wanita dirogol di India

Sebelum ini kes yang berlaku, pelajar perubatan mati akibat dirogol secara berkumpulan di dalam sebuah bas di New Delhi. 

Terkini di Dhopal, seorang wanita Switzerland pula dirogol beramai-ramai semasa mangsa berbasikal bersama suaminya di negeri Madhya Pradesh yang diserang antara 7 atau 8 lelaki. Dikatakan sebelum dirogol mangsa di rompak terlebih dahulu...ish tragis...tragis.
sumber: Utusan 



Benar-benar terharu


kang dah terkena!


Mar 16, 2013

Contoh-contoh tajuk penulisan jurnal mingguan


  Apabila menjalani praktikum setiap guru pelatih wajib untuk menulis jurnal mingguan 
berkaitan P & P, kelas, sekolah dan sebagainya. Kekadang pening memikirkan apeee......tajuk yang hendak ditulis terlalu banyak masalah yang berlaku hingga tak tau nak pilih. Fikir punya fikir  dibawah ini sebahagian dari tajuk yang telah ditulis dan akan ditulis. 

  •      Pelajar terlalu obses bermain bola semasa Pendidikan Jasmani.
  •      Pelajar terlalu kerap ke tandas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
  •      Pelajar terlalu kerap ke tandas semasa perhimpunan berlangsung.
  •      Pelajar kerap  meludah
  •      Pelajar kerap terlupa untuk menulis nama pada lembaran kerja.
  •      Meninggalkan sampah selepas perhimpunan
  •      Banyak peralatan sukan yang rosak dan tidak dibaiki
  •      Tidak dapat menamatkan kelas tepat pada masanya
Kepada guru-guru praktikum:
Tips untuk tahu apa yang hendak ditulis, setiap kali perhimpunan mingguan kita dengar betul betul 
laporan guru bertugas minggu sebelumnya. Kat situ kita akan dapat idea apa yang patut ditulis dan hendak di selesaikan.
HARAP BOLEH MEMBANTU :)

Mar 14, 2013

Nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran


SENARAI NILAI-NILAI MURNI.

Semoga boleh membantu para guru dan guru-guru pelatih menerapkan 
nilai-nilai murni dalam p&p. 

*Berdikari
* Berhemah tinggi
* Baik hati
* Hormat menghormati
*Kasih sayang
* Keadilan
* Kebebasan
* Keberanian
* Kebersihan fizikal dan mental
* Kejujuran
* Kerajinan
* Kerjasama
* Kesederhanaan
* Kesyukuran
* Rasional
* Semangat Kemasyarakatan

*      

Mar 10, 2013

Bayi

kek bayi

kek bayi comel

Kek bayi diadun sebegini rupa adalah sempena menyambut kelahiran bayi. 
Tapi sanggupkah kita potong
dan makan??

Mar 9, 2013

Lagi amah Indon jadi jutawan ..Kayo..kayo..


gambar hiasan
Terbaru dua wanita Indonesia yang datang ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai pembantu rumah menjadi jutawan selepas mewarisi jutaan riyal daripada suami masing-masing yang sudah meninggal dunia.
Mula-mula sebagai pembantu rumah tetapi kemudian berkahwin. 11 tahun kerja, kawin baru 2 tahun. Salah seorang menetap menetap di Riyadh, menerima SR5 juta (RM4.1 juta) minggu lalu.
Kes lain pula  amah yang berkahwin dengan hartawan hartanah menerima SR20 juta (RM16.4 juta) baru-baru ini selepas sebuah mahkamah Taif mengarahkan waris jutawan itu membayarnya jumlah berkenaan.

Kedua-dua wanita itu menerima bahagian kekayaan suami masing-masing menerusi sistem undang-undang Syariah yang dilaksanakan di negara ini, kata jurucakap kedutaan Indonesia di Riyadh, Shabda Thian.
Dia sudah menerima SR20 juta (RM16.4 juta) dan menanti kira-kira SR90 juta (RM73.8 juta) lagi hasil daripada jualan harta suaminya, kata satu sumber yang enggan dikenali.
Menurut Shabda, wanita kedua yang berusia 45 tahun mewarisi SR6.3 juta (RM5.17 juta) selepas suaminya meninggal dunia beberapa bulan lalu. Wanita itu sebelum ini bekerja sebagai tukang jahit untuk lelaki itu yang memiliki dan mengendalikan sejumlah besar kedai mainan di Riyadh, Al-Sogel Toys. Mereka hidup bersama kira-kira 10 tahun sebelum suaminya meninggal dunia pada 2010, kata Shabda.

 sumber:hmetro.

Zikir Hari Sabtu



لااله الا الله
(Laa ila ha illallah) 1000x
Fadhilatnya: 
Allah s.w.t akan hampir kepada kita dan akan memberi kita segala kebaikan hamba yang memujinya
:) selalu amalkan semasa bawa kenderaan sedar-sedar dah sampai destinasi :)

Mar 7, 2013

HEBATNYA HARI JUMAAT

KELEBIHAN HARI JUMAAT
 1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:
Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku.
Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah
melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
Jumaat dinamakan sebagaiSaidul aiyamiaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, 
Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”

Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu. Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Hakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)