Pages

Mar 4, 2013

Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum


PERNYATAAN PROFESIONAL
SEBELUM PRAKTIKUM
NAMA       :
NO. KP     :
UNIT         : DPLI SR AMBILAN KHAS DISEMBER 2011
                   PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Program praktikum saya telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. Sekolah ini mula dibina pada bulan Disember 2002 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 5 januari 2004 dengan bilangan murid 453, 12 orang guru, seorang pembantu tadbir dan 3 orang pekerja Am sambilan. Sekolah ini merupakan sekolah pertama saya menjalani praktikum.  
Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan, saya wajib menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 3 bulan yang bermula pada 29 Januari 2013 hingga 26 April 2013. Praktikum ini adalah untuk subjek major iaitu Pendidikan Jasmani dan subjek minor ialah Pendidikan Kesihatan. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.
            Antara perkara yang saya perlu lalui sebelum menjalankan praktikum ini ialah sesi taklimat bersama unit praktikum. Sesi taklimat ini telah berlangsung pada 08 Januari 2013 di Unit Latihan dan Perkhidmatan. Sesi taklimat praktikum ini disampaikan oleh En. Mohd Izan Hj Yusof bagi sesi pertama dan sesi kedua En. Muhammad Bin Sulaiman. Untuk taklimat praktikum kali ini, penekanan adalah berkenaan prosedur perlaksanaan praktikum peranan dan tanggungjawab pelajar, kehadiran praktikum, wajaran praktikum dan garis panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Pengalaman semasa menjadi guru sandaran tidak terlatih selama 4 tahun sebelum ini diharap sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Wawasan . Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa adalah dalam 12 km, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal.
            Sepanjang tempoh praktikum ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio praktikum dan semua buku rancangan pengajaran harian setiap hari dan minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar dapat mendidiplinkan diri selepas tamat praktikum kelak.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu akan dapat diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan profesional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina dan meningkatkan jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya berharap akan dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti.
Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


5 comments:

  1. Diharap dapat membantu guru guru yang tengah menjalani praktikum.

    ReplyDelete
  2. semga anda berjaya menjadi guru yg baik.guru abad ini sungguh mencabar, bersedia dr segi mental dan fizikal.

    ReplyDelete
  3. yeahh mental fizikal....kalau tak emm..tampoi la jawabnye..

    ReplyDelete
  4. salam sis..terima kasih sudi berkongsi pengalaman kat sini. dan saya nak tahu, sis ader tak contoh untuk selepas praktikum? syukran...

    ReplyDelete